Budak Maut Dirempuh Kereta Selepas Terlepas Tangan Bapa

Trending

Budak Maut Dirempuh Kereta Selepas Terlepas Tangan Bapa

Di Dungun, Terengganu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta. Kejadian yang berlaku di Kampung Wa itu menyebabkan mangsa, Mu’tahal Assalami meninggal dunia di lokasi kejadian.

Memetik laporan Astro Awani, akibat rempuhan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan. Menurut bapa, Assalami Ahmad, ketika kejadian mereka sekeluarga telah berkunjung ke sebuah restoran untuk malam malam.

Advertisement

Semasa sedang memeriksa suhu badan, pegangan tangannya terlucut menyebabkan anak terus berlari ke tengah jalan. Sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

“Saya sedang tulis nama, pegang anak sebelah, kemudian dia sentap tangan dan lari ke jalan, saya kejar tetapi tidak sempat.

Kereta itu laju, kemudian melanggar anak, dia terpelanting. Saya angkat (tubuhnya) dan lihat anak sudah tiada.”

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...