Semakin banyak individu dan keluarga yang berani tampil mengibarkan bendera putih sebagai tanda memerlukan bantuan.
Terbaru, tersebar di TikTok menunjukkan gelagat kanak-kanak yang memanjat balkoni rumah bagi tujuan mengibarkan bendera putih dan menarik perhatian orang awam.
Aksi adik ini di kawasan pangsapuri PPR dirakam seorang aktivis kemasyarakatan yang dikenali sebagai @salwaaidin.
Tanpa membuang masa, mereka telah pergi ke rumah adik terbabit dan mendapati dia tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.
Sejak PKP 1.0 nenek adik berkenaan hanya berniaga kuih-muih untuk menampung perbelanjaan mereka dan kini tidak dapat melakukannya lagi disebabkan pandemik semakin teruk.
Apa yang lebih menyedihkan, bil air, elektrik dan sewa rumah juga mereka tidak mampu bayar selama berbulan-bulan. Kini bekalan elektrik juga sudah dipotong.
Semoga lebih ramai yang tampil membantu mereka yang memerlukan kerana kita tidak mahu mereka yang merana terus merana. #kitajagakita