Budak Lelaki Cedera ‘Dibelasah’, Bekas Guru Tadika Didakwa

Trending

Budak Lelaki Cedera ‘Dibelasah’, Bekas Guru Tadika Didakwa

Sebelum ini, tular satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna yang menceritakan tentang satu kejadian menimpa anaknya yang menghidap penyakit autisme ketika di pusat jagaan. Anaknya disyaki telah cedera didera oleh pemilik pusat jagaan tersebut kerana terdapat kesan lebam pada mata dan belakang badan anaknya itu.

Susulan kejadian itu, seorang wanita Singapura yang juga merupakan pemilik pusat jagaan tersebut telah didakwa di mahkamah kerana dipercayai memukul kanak-kanak autisme tersebut.

Advertisement

Wanita Didakwa Kes Dera Budak Autisme
3 years ago

Kes Dera Kanak-Kanak Autisme, Pemilik Pusat Jagaan Didakwa

Kes melibatkan penderaan atau mencederakan kanak-kanak di pusat jagaan, taska atau tadika ini semakin hari dilihat semakin menjadi-jadi. Perkara ini sekaligus menimbulkan persoalan tentang tahap integriti seseorang guru atau penjaga di premis tersebut.

Bekas guru tadika didakwa membelasah budak lelaki hingga cedera

Menurut laporan KOSMO, seorang bekas guru tadika didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak lelaki sehingga meninggalkan kesan lebam pada kedua-dua belah bahu kanak-kanak itu, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh bernama Loh Ke Xuan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun 11 bulan.

Kecederaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut sehingga meninggalkan kesan lebam pada kedua-dua belah bahu mangsa. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sri Hartamas 2 di sini antara pukul 8 pagi hingga 5.30 petang pada 2  September lalu.

Kes didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Hukuman bagi seksyen tersebut memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub manakala peguam Sarah Wong mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Tarikh 24 November ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...