Budak Lelaki 9 Tahun Hilang Alat Sulit, Berlaku Kesilapan Proses Berkhatan Guna Gunting

Trending

Budak Lelaki 9 Tahun Hilang Alat Sulit, Berlaku Kesilapan Proses Berkhatan Guna Gunting

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dipercayai terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup selepas dia kehilangan kemaluannya apabila akibat kesilapan ketika berkhatan dan prosedur untuk penyambungan semula gagal.

Advertisement

Kejadian yang berlaku pada 15 Disember itu berlaku sejurus lima hari sebelum kes seorang kanak-kanak 10 tahun terputus kepala kemaluannya ketika berkhatan secara laser.

Peguam kes kejadian 15 Disember tersebut, Hindraf P Uthayakumr berkata, kepala kemaluan kanak-kanak 9 tahun itu terputus ketika proses berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik di Jalan Ipoh.

Tambah peguam itu lagi, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk prosedur penyambungan semula.

Namun, usaha terbabit gagal dan kemaluan kanak-kanak itu bertukar menjadi hitam – membuatkan pihak doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.

“Lebih malang, kes ini berlaku ke atas seorang kanak-kanak yang susah. Dia sangat muda dan tidak tahu apa yang telah berlaku,” kata Uthayakumar dalam satu sidang media.

Kes yang hampir sama dilaporkan berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terputus kepala kemaluannya ketika proses berkhatan menggunakan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama.

Pada kejadian yang berlaku pada 20 Disember itu, kanak-kanak tersebut terus dibawa ke HUKM sebelum dirujuk ke HKL untuk pembedahan penyambungan semula.

Menurut mStar Online, mereka difahamkan bahawa pembedahan itu berjaya.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...