‘Budak Kalkulator’ Malaysia Bikin Juri Asia’s Got Talent Tercengang

Trending

‘Budak Kalkulator’ Malaysia Bikin Juri Asia’s Got Talent Tercengang

Siapa sangka pelajar tingkatan 3 ini telah menempah nama di persada antarabangsa atas kerana kepantasannya mengira hingga membuatkan juri program Asia’s Got Talent 2019 hilang kata-kata.

Advertisement

Kelebihannya juga telah berjaya meruntuhkan ego salah seorang juri yang digelar sebagai hati batu iaitu David Foster.

Jika sebelum ini, kumpulan Nama dari Malaysia telah memukau para penonton dan juri dengan nyanyian acapella, kali ini giliran Yaashwin Sawaranan pula membuatkan para juri ‘pening kepala’.

Menerusi video Asia’s Got Talent, remaja ini hanya mencuba nasib kerana mahu membuka minda orang bahawa nombor adalah menarik.  Dia mendapat gelaran Human Calculator  itu memang meminati bidang Matematik.

Dalam pertandingan itu, dia mampu mengalahkan mesin kira-kira atau kalkulator. Bakat yang ditunjukkan membuatkan David Foster ternganga.

 

Sumber: Rojakdaily

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...