Budak Empat Tahun Punya Kuasa Psikik, Ramal Kelahiran Adik Kembar

Trending

Budak Empat Tahun Punya Kuasa Psikik, Ramal Kelahiran Adik Kembar

Ibu bapa kepada seorang budak lelaki empat tahun memberitahu, budak itu mempunyai kuasa psikik yang mengagumkan seperti watak dalam filem Sixth Sense, Cole Sear.

article-2569248-1BE0092C00000578-686_634x620

Elijah

Greg, 40, dan Heather Howell, 38, dari Naples, Florida, memberitahu yang kelakuan luar biasa anak lelaki mereka bermula semasa beliau masih kecil. Pada usia 10 bulan, Elijah sudah boleh berkomunikasi dalam ayat penuh dan bercakap dengan datuk dan neneknya yang telah meninggal dunia. Seorang pakar psikik kemudiannya mengesahkan kebolehan ghaib anak itu.

Advertisement
article-2569248-1BE007FF00000578-65_634x464

Dari kiri: Greg, Elijah dan Heather

Heather memberitahu yang anak kecil itu kemudiannya meramal secara tepat tentang keguguran yang bakal dialami dan kemudiannya Heather akan melahirkan anak lelaki kembar.

Saya merasa seram, tapi bukan secara negatif.

Menceritakan semula insiden itu, Heather menyambung:

Semasa saya mengandung Elijah memberitahu, “emak, bayi emak akan pergi dengan Tuhan.”

Saya jawab, “Elijah, jangan kata macam itu”, kerana saya takut sebab dia selalu tahu perkara sebegitu.

Saya memang mengalami keguguran dua hari kemudian, tetapi dia asyik mengurut tangan saya dan kata semuanya akan baik saja.

Tidak lama kemudian dia berkata, “jangan risau emak, emak akan dapat dua bayi dan keduanya lelaki”, dalam kepala saya hanya fikir mungkin dia mahukan adik lelaki.

Beberapa bulan kemudian kami dapat tahu saya mengandung anak lelaki kembar.

Pasangan itu kemudiannya memanggil pakar psikik, Denise Lescano untuk memastikan sama ada Elijah sememangnya boleh melihat roh atau ia hanya tanda-tanda sakit mental.

article-2569248-1BE0076B00000578-218_634x475

Elijah dan dua adik lelaki kembarnya

Semasa lawatannya Denise berkomunikasi dengan datuk dan nenek Elijah yang telah meninggal dunia untuk membongkar misteri itu.

Dia mendapati yang ibu Heather, nenek Elijah, yang menyampaikan mesej tentang keguguran dan kelahiran bayi kembar mereka. Kata Denise:-

Elijah menunjukkan semua tanda yang dia telah diberi anugerah dan mempunyai kelebihan untuk berhubung dengan alam ghaib.

Denise telah memberitahu pasangan Howell cara untuk menguruskan interaksi anak mereka dengan alam ghaib. Heather menyimpulkan:

Selepas bertemu Denise saya rasa lebih lega, ada banyak perkara yang dibangkitkannya untuk kami fikirkan.

Di samping berkhidmat untuk keluarga, Denise yang mempercayai dia mempunyai kuasa psikik sejak berusia sembilan tahun, telah bertahun membantu pihak polis menyelesaikan siasatan pembunuhan dan orang hilang menggunakan kebolehannya.

article-2569248-1BE007D700000578-186_634x878

Denise

Katanya, matlamat hidupnya ialah untuk menghilangkan ketakutan dan curiga orang ramai -terhadap kebolehan sepertinya dengan menambah:

Ini bukan sesuatu yang menakutkan, ia sebenarnya sesuatu yang menyembuhkan dan menimbulkan rasa selesa.

Apabila saya dapat membantu keluarga dan memberitahu apa yang sebenarnya berlaku, ia sangat melegakan untuk mereka.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...