Budak 2 Tahun Maut Dipukul Teman Lelaki Ibunya, Mayat Ditemui Diawet Dalam Tong Ikan

Trending

Budak 2 Tahun Maut Dipukul Teman Lelaki Ibunya, Mayat Ditemui Diawet Dalam Tong Ikan

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam sebuah tong ikan, dipercayai selepas meninggal akibat didera oleh ibu dan teman lelaki ibunya sendiri di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, lapor Harian Metro.

Advertisement

Manakala kakak kepada kanak-kanak berkenaan yang berumur 4 tahun kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital akibat turut didera.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit sekitar jam 1.25 pagi.

Sepasukan anggota polis tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 2 pagi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

“Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.

“Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan (tilam) toto, kain batik dan pita perekat,” katanya di sini.

Siasatan awal pihak polis mendapat, telah menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

“Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu. 

“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...