Budak 11 Tahun Cucuk Mata Pak Cik Gila Seks Dengan Batang Ais Krim

Trending

Budak 11 Tahun Cucuk Mata Pak Cik Gila Seks Dengan Batang Ais Krim

Perogol dan mangsa rogol tidak kira usia. Perogol boleh jadi kanak-kanak berusia 11 tahun dan mangsa boleh jadi seorang nenek berusia 80 tahun.

Malah, ada kanak-kanak berusia baru enam bulan pun menjadi mangsa.

Advertisement

Baru-baru ini di Sabah, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berjaya mempertahankan diri sendiri dari menjadi mangsa rogol.

mangsa rogol

Suspek mengarahkan mangsa untuk melakukan hubungan seks

Menurut Harian Metro, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencucuk mata seorang pemandu ‘kereta sapu’ menggunakan batang aiskrim di Tembok Panuwasa, Kudat.

Pada jam 9 pagi, dikatakan kanak-kanak ini menumpang kereta Perodua Viva berwarna hitam yang dipandu lelaki tersebut dari Pasar Sayur Kudat ke rumahnya.

Tetapi, lain pula jadinya apabila kanak-kanak ini dibawa ke Tembok Panuwasa dan memberhentikan kereta terus memegang tangan mangsa.

Suspek mengarahkan mangsa untuk melakukan hubungan seks, namun kanak-kanak perempuan itu enggan dan mengugut akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Suspek kemudiannya menutup mulut mangsa menyebabkan kanak-kanak itu meronta untuk melepaskan diri.

“Mangsa akhirnya berjaya menyelamatkan diri selepas mencucuk mata suspek menggunakan batang aiskrim,” jelas Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah.

tutup mulut mangsa

Sebaik berjaya melarikan diri, mangsa terus meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum dihantar semula kepada neneknya di Pasar Sayur Kudat.
mangsa cucuk dengan batang ais krim

Katanya, mangsa ditemani ahli keluarga kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kudat.

Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan calar pada mata kanan mangsa selain mengadu sakit di bahagian muka.

Hasil keterangan mangsa, suspek adalah seorang lelaki berusia dengan keadaan muka cengkung, rambut pendek, beruban dan berjanggut.

Ketika kejadian mangsa mendakwa suspek berseluar pendek berwarna coklat tetapi tidak mengingati warna baju dipakai.

Selepas kejadian dilaporkan, polis sudah melancarkan operasi memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Hebatlah adik boleh pertahankan diri pakai batang ais krim

Rata-rata netizen memuji sikap adik yang bijak mampu mempertahankan diri daripada menjadi mangsa rogol. Semoga adik terus berhati-hati selepas ini.
netizen puji
netizen puji

Semoga kanak-kanak dan wanita lebih peka dengan keadaan sekeliling dan elakkan bersendirian!

Sumber: Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...