Bubar Kumpulan Setelah 17 Tahun, Bittersweet Ucap Selamat Tinggal Kepada Peminat

Hiburan

Bubar Kumpulan Setelah 17 Tahun, Bittersweet Ucap Selamat Tinggal Kepada Peminat

Setelah hampir 17 tahun menyinari industri muzik ‘underground’, kumpulan Bittersweet dilaporkan telah membubarkan kumpulan mereka kerana ingin fokus kepada kehidupan peribadi dan juga kerjaya.

Caprice
2 years ago

Dah Lepas 21 Oktober, Mana Tiger Of Al Quds Caprice?

Advertisement

Ujar Herri selaku pengasas kumpulan tersebut, ia merupakan suatu keputusan yang berat untuk dibuat namun percaya perkara ini adalah langkah terbaik berikutan anggota kumpulan yang lain sudah pun merancang perjalanan masa hadapan mereka yang tersendiri.

Perkara tersebut turut diumumkan Herri menerusi akaun Instagram rasminya untuk pengetahuan peminat di luar sana.

Alhamdulillah 17 tahun bukanlah sekejap untuk dihitung. Jika dikira ukur waktu, ia sudah cukup matang sebagai seorang insan. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan.

Hari ini, di hari kelahiran saya yang ke-39, saya sebagai pengasas band Bittersweet mengambil keputusan untuk berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan. Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line up baru atau lama, untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT.

Dia dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjadi tulang belakang kumpulan muzik tersebut selama ini.

Sekadar info, kumpulan Bittersweet cukup popular dengan lagu berjudul Kucing Hitam, Hilang, Capital E dan banyak lagi dalam kalangan peminat muzik ‘underground’ di Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...