Buaya Tembaga Timbul Di Empangan Pasang Klebang

Trending

Buaya Tembaga Timbul Di Empangan Pasang Klebang
Gambar oleh MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

Gambar oleh MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

Penduduk Klebang digemparkan dengan penemuan seekor buaya sepanjang dua meter di Empangan Pasang Surut, Klebang, pada Jumaat. kejadian ini hanya disedari penduduk ketika menghampiri kawasan empangan berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Buaya itu dijumpai timbul di bawah jambatan sungai disitu.

Penduduk kawasan tersebut sebelum ini sudah sedia maklum akan kehadiran buaya tersebut dan mendakwa terdapat empat ekor buaya daripada spesies tembaga dan katak di kawasan itu sejak lima tahun lalu. Seekor daripadanya sudah ditangkap dan yang lain tidak muncul sehinggalah kelibat seekor buaya dilihat kali ini.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri, Noorzakiah Hanum Mohd Noh, berkata kawasan terbabit adalah habitat reptilia berkenaan dan pihaknya sudah pun memasang papan tanda mengenai kewujudannya di situ.

Sumber: BHonline

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...