Sebelum ini, kita digemparkan dengan berita tentang seorang lelaki maut disyaki dibaham buaya selepas hanya sebahagian anggota badannya ditemui di Sungai Matamba, Lahad Datu, Sabah.
Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai lemas di sungai itu dan ditemui sehari kemudian dalam keadaan sebahagian anggota badannya hilang.
Anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Silabukan menghubungi balai bomba dan memaklumkan mangsa sudah ditemui oleh penduduk kampung berdekatan dengan perahu mangsa yang ditemui terbalik.
Selain dari kejadian tersebut, banyak lagi berita tentang kematian atau kecederaan terhadap individu yang melibatkan haiwan liar buaya ini.
Penduduk setempat digemparkan dengan kehadiran seekor buaya yang naik ke darat di Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau, Bagan Serai semalam.
Menerusi sumber daripada Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi ketika nelayan hendak turun ke sungai berdasarkan maklumat penduduk setempat.
#baganserai Kehadiran seekor buaya yang naik ke darat di Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau, di sini, hari ini, menggemparkan penduduk setempat.https://t.co/AJgym5SMPj
— Harian Metro (@hmetromy) September 13, 2021
Menurut seorang penduduk setempat yang dikenali sebagai Mat, 40, kejadian buaya naik ke daratan di kampung itu belum pernah berlaku dan ia merupakan yang pertama kali. Disebakan itu, ia menimbulkan kegusaran kepada penduduk dan komuniti nelayan di situ.
Tambahnya lagi, penduduk menyedari seekor buaya berada berhampiran sampan di dalam parit berhampiran sungai itu dan jika dilihat pada keadaan perut buaya itu berkemungkinan ia hendak membuat sarang untuk bertelur.
Selain itu, dia juga berkata yang kemungkinan buaya tersebut naik ke darat disebabkan keadaan air di Sungai Kurau yang penuh lalu melimpah akibat hujan lebat.
“Pihak kami telah pergi ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penduduk,” kata jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak
Menurutnya, pemeriksaan di kawasan video tular itu mendapati ada kesan kehadiran reptilia itu, namun usaha menjejakinya tidak berjaya. Buaya itu mungkin sudah masuk semula ke Sungai Kurau.
Tambahnya lagi, hujan lebat pada awal pagi menyebabkan paras air naik dipercayai menjadi punca buaya itu naik ke terusan di kampung berkenaan.
“Kami meletakkan papan tanda amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan diminta menghubungi Perhilitan jika terserempak dengan haiwan itu,” kata jurucakap Jabatan Perhilitan tersebut.
Video berdurasi 26 saat merakamkan seekor buaya berada di daratan berhampiran tempat meletak sampan di Kampung Nibong Hangus itu tular di media sosial semalam.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara