Seperti yang ramai sedia tahu, food festival yang diadakan di seluruh Malaysia sering berjaya meraih perhatian orang ramai. Namun kebelakangan ini, muncul rasa kurang senang dari kalangan pembeli dengan harga-harga makanan yang diletakkan penjual.
Makanan viral terlampau mahal
Menurut seorang individu yang memuat naik hantaran di aplikasi X, dia menyatakan rasa kecewa dengan harga makanan yang dijual di festival berkenaan. Menurutnya, harga makanan sekitar RM15 hingga RM55, terlalu mahal meskipun kuantiti yang sikit.
Tak, sekarang ni siapa yang tetapkan harga makanan dekat karnival makanan kenakan dalam sekitar RM15 ke RM55 ni, we seriously need to talk.
Imagine ayah-ayah yang kena bawa anak 3 ke 4 orang pergi karnival makanan macam ni. RM200 paling kurang akan habis. Buatnya anak kau nak pulak cromboloni atau makanan viral, meninggal dik.
— Januar Haikal (@Januarhaikal) February 18, 2024
Harga tapak adalah punca
Namun demikian, setelah hantaran tersebut tular, ada yang tampil menyatakan bahawa harga makanan diletak sebegitu kerana harga tapak perniagaan yang mahal. Oleh itu, penjual terpaksa mengira kos tapak dan modal makanan tersebut.
Peniaga-peniaga terpaksa naikkan harga atas faktor nak barang mentah, sewa tapak, kos pengangkutan,
Satu tapak RM3K kau ada masa 3 hari sahaja untuk cover, tu belum masuk kos-kos lain,
Disebabkan harga yang semakin melonjak mahal, rata-rata netizen juga tidak setuju untuk hadir dan membeli makanan-makanan tersebut. Ada juga yang meminta agar pihak berkuasa memantau harga yang diletakkan di karnival-karnival makanan seperti ini.