Tular di media sosial semalam apabila penyanyi Baby Shima telah memuatnaik video TikTok yang menunjukkan reaksinya terhadap orang kelainan upaya (OKU) di media sosial.
View this post on Instagram
Video tersebut ternyata telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen apabila dia seolah-olah mengejek tokoh OKU, Zharif Affandi yang dilahirkan tanpa kedua-dua belang tangan dan menggunakan kaki untuk menjalani aktiviti harian.
Dalam video tersebut, Baby Shima telah meniru semula aksi Zharif dengan menggunakan kakinya.
Allah dah bagi akal tu, sila la pakai ya Baby Shima.. Jangan jadi bangang sangat duk mempersendakan orang yang kelainan upaya macam ni.. Insensitive, biadab dan bodoh.. Sikit pun tak lawak tau tak?? pic.twitter.com/mGMF9Im8Mq
— Alan Al Padat (@IniAlannn) March 28, 2021
It’s never funny and it never will be. Every day. Every single damn day ada je yang nak menyakitkan hati OKU. Sorry to say tapi tanggung la dosanya. I’ll leave it to Allah untuk menghukum sebab aku cuma manusia biasa. But to other people out there. Pls be mindful. https://t.co/rsAiTbV61o
— Nara Al-Shahab ???? (@nara_shahab) March 29, 2021
Dilabel kurang sensitif, netizen menganggap perbuatan Baby Shima yang turut mencipta nama di negara seberang itu sebagai kurang sensitif dan tidak kelakar.
Namun, setelah menerima kecaman tersebut, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu telah memadam video tersebut dari akaun media sosialnya.
View this post on Instagram
Sekadar info, Zhariff Affandi merupakan seorang golongan OKU yang mempunyai kelulusan bidang psikologi daripada Universiti Graffith, Australian dan turut pernah menerima Anugerah Belia Perdana pada tahun 2011.
Dia juga merupakan pemilik syarikat The Zhariff Initiative Sdn. Bhd.