Buat Video ‘Prank’ Tarik Tudung Perempuan, ‘Youtuber’ Lelaki Didakwa Di Mahkamah

Trending

Buat Video ‘Prank’ Tarik Tudung Perempuan, ‘Youtuber’ Lelaki Didakwa Di Mahkamah

Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang ‘youtuber’ yang mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video ‘social experiment’ yang mengundang kemarahan netizen.

Menerusi video yang tular itu, lelaki berusia 24 tahun itu dilihat menarik tudung wanita secara tiba-tiba di tempat awam.

Advertisement

Susulan laporan polis dibuat ke atasnya, pihak polis telah menangkap lelaki berkenaan pada 7.30 malam kelmarin.

Menurut Harian Metro, lelaki terbabit telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Namun suspek dituduh mengikut Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan dihukum denda.”

Dalam pada itu, Ashari turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman atau penyebaran video  mempunyai ‘content’ yang menyentuh sensitiviti.

Sekadar info, terdahulu lelaki bernama Nick itu telah memuat naik video permohonan maaf atas ketelanjurannya merakamkan dan memuat naik video ‘prank’ tarik tudung tersebut.

Meskipun begitu, netizen tetap terus marah dan mengecamnya kerana apa yang dilakukan sangat biadap dan tidak menghormati wanita Islam.

5 bulan lalu

"Dia Dah Biadap Sangat" - Asyik Cabar Banyak Kali, Ira Kazar Akhirnya Disaman Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Cocok langit

    July 7, 2022 at 10:23 am

    Emm denda tk lebih dr RM 100. Tu jee ?

  2. cLn

    July 7, 2022 at 9:48 am

    Manusia bebal xnk guna otak mcm ni patutnya kena penjara sehari dua baru ade akal..setakat denda, nnt mintak maap pastu esok lusa ade lg content bangang dia buat..bkn boleh caya puak2 bebal mcm ni..pd dia kena saman ni pn dikira viral..free marketing…

  3. anonymous

    July 7, 2022 at 9:22 am

    yea yea padan muka

  4. Anonymous

    July 6, 2022 at 8:48 pm

    Nk buat content bodoh jgn libatkan org. Skrg dh jd court case. So berbaloi ke dgn viral dan viewer yg ko dpt? Sbb tu org suh pegi menuntut ilmu biar boleh cari keje elok2. Bila xdpt cari keje mainstream, terpaksa laa jd bodoh tahap najis mcm ni utk dptkan income. Tolak tepi adab dan maruah. Jd bodoh kene cerca pun takpe demi nk dpt view.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...