Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang ‘youtuber’ yang mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video ‘social experiment’ yang mengundang kemarahan netizen.
Menerusi video yang tular itu, lelaki berusia 24 tahun itu dilihat menarik tudung wanita secara tiba-tiba di tempat awam.
Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke?
Benda ni dikira harassment kot. Saya buat content je kepala butoh dia.
Sakit pulak hati puak puak bodoh macam ni makin membiak. pic.twitter.com/5hAv5Khas4
— Aidi ER (@aidi_ezzhar) July 4, 2022
Susulan laporan polis dibuat ke atasnya, pihak polis telah menangkap lelaki berkenaan pada 7.30 malam kelmarin.
Menurut Harian Metro, lelaki terbabit telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
Namun suspek dituduh mengikut Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan dihukum denda.”
Dalam pada itu, Ashari turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman atau penyebaran video mempunyai ‘content’ yang menyentuh sensitiviti.
Sekadar info, terdahulu lelaki bernama Nick itu telah memuat naik video permohonan maaf atas ketelanjurannya merakamkan dan memuat naik video ‘prank’ tarik tudung tersebut.
Meskipun begitu, netizen tetap terus marah dan mengecamnya kerana apa yang dilakukan sangat biadap dan tidak menghormati wanita Islam.