Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha berkongsi video ‘house tour’ di mana dia menunjukkan beberapa ruang termasuklah barangan hiasan di dalam rumahnya.
Menerusi hantaran di media sosial, pemenang anugerah Selebriti Stailo Terhangat AMT2025 itu berkongsi tentang barangan seni, pinggan mangkuk, telefon antik dan menunjukkan bahagian kolam di luar.
Ada patung ‘Head of David’, dulu Syamimia teruk dikecam
Bagaimanapun, seorang individu memerhati dengan teliti dan menyedari bahawa Daiyan memiliki patung hiasan Head of David.
Individu berkenaan turut mengimbau cerita lama pada tahun 2023 di mana pempengaruh Syamimia teruk dikecam gara-gara tidak sensitif kerana memiliki perhiasan Dewa Yunani atau patung Apollo di dalam rumah.
Patung yang sama Syamimia kena kecam. Tapi kali ini tak ada pula komen lagi tegur Daiyan tentang patung tu.
View this post on Instagram
Netizen ‘pilih bulu’?
Hantaran individu tersebut seperti memberi makna bahawa masyarakat Malaysia ‘pilih bulu’ dalam hal menghentam seseorang.
Sesetengah pengguna Threads turut bersetuju dengan individu berkenaan dan menyindir netizen Malaysia yang memberi kecaman kepada Syamimia tetapi tidak Daiyan.
Netizen pandang Syamimia ni kalau kentut pun berdosa. Kalau level level artis macam ni netizen buat buat rabun.
Apabila dilihat dengan lebih terperinci patung perhiasan di rumah Daiyan itu adalah patung David, bukan patung Apollo seperti dimiliki Syamimia sebelum ini.
Bagaimanapun, patung sebegitu sememangnya tidak digalakkan untuk diletakkan di dalam rumah orang beragama Islam sebagai perhiasan. Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tindakan menyimpan patung perhiasan di dalam rumah tidak dibenarkan sama sekali.
Perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.