Buat Video Cara Putus Dengan ‘Ex’, Rossa Serra Bagi Jawapan ‘Makan Dalam’ – “Sebab Awak Tak Hensem…”

Trending

Buat Video Cara Putus Dengan ‘Ex’, Rossa Serra Bagi Jawapan ‘Makan Dalam’ – “Sebab Awak Tak Hensem…”

Sejak bercerai dengan pelawak, Shuk Sahar dan kini dilihat sudah langsing dan bergaya, Rossa Serra sering mendapat pujian ramai wanita di media sosial.

Selepas berjaya keluar daripada perkahwinan yang toksik akibat sering dicurangi, Rossa Serra dikatakan semakin cantik malah ramai cemburu dengan ‘glow up’ ibu kepada dua anak itu.

Advertisement

rossa

Video dimuat naik oleh Sera atau Rossalennag Natassyiah Asshaferah di TikTok semalam mencuri perhatian warganet selepas content itu mencuit hati mereka.

Menerusi video tersebut, Sera membuat lip sync menggunakan audio daripada petikan sebuah drama lakonan Emma Maembong.

Jika didengar audio itu, Emma menjawab soalan kekasihnya yang bertanya mengapa dia mahu memutuskan hubungan dan apa yang membuat ramai terhibur adalah kerana jawapan diberikan begitu jujur.

 Lip sync itu membuatkan ramai warganet terhibur dan berkata Sera ‘jujur sangat’ dengan apa yang dikatakan berdasarkan audio tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang turut terpukau dengan glow up Sera serta memuji kecantikannya apatah lagi dia sedang bahagia selepas mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Mohon terasa ex tersebut.

komen

Rossa
10 months ago

Fara Salleh ‘Expose’ Nombor Telefon, Rossa Sera Bengang - “Ada Orang Meroyan La Geng..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...