Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buat Video Alasan Rentas Negeri, Instafamous Hafiz Mahamad Undang Kecaman Netizen

Hafiz Mahamad

Buat hal lagi, personaliti media sosial Hafiz Mahamad kembali mengundang kecaman netizen apabila dia tampil dengan sebuah video baharu yang melibatkan tiga orang barisan petugas hadapan (frontliners).

Dalam video tersebut yang tular semalam di media sosial tersebut, Hafiz menunjukkan lima alasan rentas negeri yang selalu digunakan orang ramai agar dapat pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

Advertisement

Video tersebut mengundang pelbagai respon daripada pengguna media sosial di mana cara penyampaian mesej yang ‘entah apa-apa’ di samping melibatkan pihak berkuasa.

“Alasan ‘Rentas Negeri’ nombor berapa paling sakit hati dalam video ini? Tahun ini pasti banyak alasan pelik-pelik orang nak rentas negeri bali raya. Macam mana la kita semua tahun ni ya, semua rindu nak balik kampung kan? Bukan kita je, frontliner pun semua rindu kampung. Sabar tau sahabat semua!” tulis Hafiz di ruangan kapsyen video tersebut.

Malah, yang menaikkan kemarahan netizen apabila usahawan tersebut turut tidak memakai pelitup muka sepanjang penggambaran video tersebut.

Hafiz MahamadSumber : Twitter  

Oleh disebabkan itu, ramai pengguna media sosial meminta pihak berkuasa agar membuat siasatan mengenai perkara terbabit dan ada juga yang meminta netizen berhenti memberi pendedahan mengenai usahawan tersebut di laman maya.

Terdahulu, isteri kepada Instafamous Syafiqah Aina ini pernah dikecam kerana didakwa tidak sensitif kerana merakam proses pengebumian sahabatnya yang telah meninggal dunia pada Disember lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Ijangbloom

    May 4, 2021 at 10:50 am

    Dah tgk da video ni.. Dia lebih kpd menyindir atau bahasa kasarnya menganjing esp retis2 yg guna status dorg pi sana sini….. pastu part megi last video tuh waktu raya kita makan sedap2 mcm rendang ketupat segala tp abg2 polis makan megi jer smbil bertugas….. tp org malaysia ni baik ati, in sya Allah akan ada yg hulurkan makanan raya kat abam2 polis waktu raya nanti….

  2. kome ni pun

    May 3, 2021 at 11:56 am

    xyh nk komen sgt.ade la tu msg tsirat dia.leklu.. nnti dia crite r ape pasai dia buat cter cenggitu…

Leave a Reply to kome ni pun Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top