Pelakon Aprena Manrose memberitahu bahawa dirinya kini sedang menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan positif COVID-19 pada 17 Januari yang lalu.
Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman,28, memaklumkan bahawa dia telah menjalani dua kali ujian calitan (swab test) setelah mengalami gejala ringan iaitu sakit-sakit badan.
Pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita yang hanya melakukan ujian tersebut di rumahnya dengan pakar perubatan bertauliah mengatakan bahawa dia melakukan ujian Rapid Test Kit (RTK) pada 17 Januari lalu dan telah didapati positif dan melakukan sekali ujian tersebut pada 19 Januari.
Setelah menjalani ujian saringan kedua, keputusan yang didapati turut positif dan Aprena kini difahamkan sedang berehat di kediamannya. Dia dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar tidak menganggap pesakit COVID-19 ini sebagai penjenayah dan tampil melakukan saringan jika mempunyai gejala.
View this post on Instagram
“Pesakit COVID-19 bukan penjenayah. Kalau anda rasa ada gejala, tampilkan diri untuk buat ujian saringan atau kuarantin di rumah selama 10 hari. Jika tidak, mungkin anda boleh sebarkan lagi virus ini. Kita lawan bersama-sama. Insya Allah.”
Aprena turut meminta kepada mereka yang sedang dijangkiti wabak ini agar sentiasa tenang dan berfikiran positif serta sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
View this post on Instagram
Dia dilihat telah berkongsikan mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnnya dan menjelaskan bahawa dia tidak dapat memastikan bagaimana dia dijangkiti wabak itu.
Aprena turut berkata bahawa dia akan berkongsikan pengalaman menghidapi COVID-19 itu di media sosial untuk tatapan peminat yang mengikutinya di media sosial.
Semoga cepat sembuh diucapkan buat Aprena Manrose!