Ibu kepada Dr Afifah Hidayah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie tampil mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik satu hantaran di media sosial miliknya.
Ibu Dr Fie, Dr Zailah tampil meluahkan rasa syukur setelah hak penjagaan cucunya telah diberikan kepada anak perempuan sepertimana yang diuar-uarkan pada Rabu lalu.
Dalam hantaran itu, Dr Zailah memberikan ucapan penghargaan buat ahli keluarga, sahabat handai serta netizen di luar sana.
Beliau juga sempat menyebut nama menantu, Nubhan di mana dia mendoakan serta mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu kerana memudahkan urusan hadanah itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji pendekatan yang ditunjukkan Dr Zailah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
