Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buat Tutorial Masakan Dalam Bahasa Inggeris, Hanis Zalikha Dikecam Netizen Tak Reti Berbahasa Melayu

Rasanya semua sedia tahu bahawa pelakon dan juga hos Hanis Zalikha sering saja berkongsi menu masakan di ruangan Instagram miliknya.

Baru-baru ini, dia telah memuat naik lagi satu video resipi mudah dan turut memberitahu bahawa mereka sekeluarga sangat menggemari menu berkenaan.

Advertisement

Dalam video tersebut, Hanis Zalikha mengajak peminat serta pengikut instagramnya untuk mencuba menu sarapan pagi diciptanya sendiri yang diberi nama Cheesy Blueberyy Garlic Spread.

View this post on Instagram

Blueberries kan selalu orang buat makan camtu je atau paling2 letak dalam yoghurt atau cake. Macam mana kita nak bagi seisi rumah makan blueberries setiap hari. I came up with this recipe and kitorang semua sangat sangat suka, nak makan setiap pagi! Senang nak buat and boleh simpan banyak. Pagi-pagi sapu je kat roti! If you’re like me jenis suka combination savoury (masin) & sweet (manis), akan terasa yummy yummy sangat dish ni. Kita namakan dia Cheesy Blueberry Garlic Spread! Hanis guna blueberries dari US Highbush Blueberries. So setiap hari ada tambahan vitamins & mineral intake untuk seisi keluarga! #USHighbushBlueberries #YourBerryBestFriend @littlebluedynamos

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Hanis yang bertutur sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dalam video tersebut ternyata telah menarik perhatian netizen yang mempersoalkan kemampuannya untuk menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Lalu, muncul pula seorang individu yang telah meninggalkan komen terhadap perkongsian isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini.

Namun, tindakan individu tersebut telah dikritik oleh netizen lain yang tidak bersetuju dengan pernyataan itu.

Mungkin sudah lali dengan kritikan serta kecaman netizen, Hanis Zalikha tidak memberi sebarang respon terhadap komen tersebut. Sabarlah ya Hanis!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    September 3, 2020 at 5:21 pm

    kesiannn laki bini suam suram ketagih publisiti

    • Anonymous

      September 4, 2020 at 1:47 pm

      suam suam pun IG followers 5.8m

  2. ryu

    September 3, 2020 at 4:39 pm

    *global

    yakin kau rakyat marikh gune english. bole je ckp melayu. martabatkan melayu. subtitle english ler kalau nk sgt. org jepun korea bole je maju dgn bahasa sendiri, kite ni nak jugak gune bahasa penjajah. udah le yg dengar tutorial dia org malaysia lool

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top