Rasanya semua sedia tahu bahawa pelakon dan juga hos Hanis Zalikha sering saja berkongsi menu masakan di ruangan Instagram miliknya.
Baru-baru ini, dia telah memuat naik lagi satu video resipi mudah dan turut memberitahu bahawa mereka sekeluarga sangat menggemari menu berkenaan.
Dalam video tersebut, Hanis Zalikha mengajak peminat serta pengikut instagramnya untuk mencuba menu sarapan pagi diciptanya sendiri yang diberi nama Cheesy Blueberyy Garlic Spread.
Hanis yang bertutur sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dalam video tersebut ternyata telah menarik perhatian netizen yang mempersoalkan kemampuannya untuk menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
Lalu, muncul pula seorang individu yang telah meninggalkan komen terhadap perkongsian isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini.
Namun, tindakan individu tersebut telah dikritik oleh netizen lain yang tidak bersetuju dengan pernyataan itu.
Mungkin sudah lali dengan kritikan serta kecaman netizen, Hanis Zalikha tidak memberi sebarang respon terhadap komen tersebut. Sabarlah ya Hanis!