Buat Tarian Tiang Dalam Drama Terbaru, Cinta Laura Teruk Dikecam Peminat – “Kata ‘Smart’ Kenapa Terima Tawaran Macam Ni”

Hiburan

Buat Tarian Tiang Dalam Drama Terbaru, Cinta Laura Teruk Dikecam Peminat – “Kata ‘Smart’ Kenapa Terima Tawaran Macam Ni”

Pelakon terkenal Indonesia, Cinta Laura Kiehl adalah antara selebriti yang educated dan sering menerima pujian kerana pandai menyusun ayat apabila berkata-kata.

Kenyataannya tidak kiralah nasihat atau ketika menjawab soalan sekali pun selalu kedengaran bijak, matang dan wise membuatkan ramai anak muda menjadikannya idola.

Advertisement

Namun, sudah tentu apabila seseorang itu adalah artis yang terpelajar dia akan menjadi tumpuan dan diharapkan sentiasa memberikan contoh yang baik.

Aktres yang mempunyai kacukan Jerman daripada bapanya itu baru-baru ini dikritik hebat oleh peminatnya serta penggemar drama dan filem Indonesia.

Cinta menerima kecaman daripada netizen di negara seberang selepas dia tampil dalam drama bersiri terbaru berjudul Skandal 2.

Menerusi drama itu, Cinta membawa watak sebagai seorang penari tiang serta pelacur dan pemakaian serta aksi tariannya menjadi bualan hangat di media sosial.

Ramai peminat berasa kecewa selepas melihat aktres kegemaran mereka menerima tawaran lakonan watak dan babak seperti itu memandangkan dia diberi jolokan sebagai artis yang smart.

Mereka turut mempersoal tujuan serta intipati yang diketengahkan drama tersebut. Netizen di negara itu juga turut berkata babak sebegitu sememangnya memberikan contoh yang tidak baik buat kanak-kanak dan remaja yang menonton.

Sementara itu, Cinta telah pun memberi respon terhadap semua individu yang mengkritiknya serta berfikiran negatif terhadap lakonannya.

Untuk kalian yang sudah berfikiran negatif, berfikir buruk tentang inti cerita series ini tanpa akal kritis dan menghakimi orang-orang yang terlibat, your loss.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Hanya Bagi Fans Service" - Dikecam Gosok Telefon Peminat Pada Alat Sulit, Ini Penjelasan Penyanyi Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...