Buat Tarian Persenda Agama, Penyampai 3 Pagi Era Direhatkan Serta-Merta

Hiburan

Buat Tarian Persenda Agama, Penyampai 3 Pagi Era Direhatkan Serta-Merta

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan secara terperinci terhadap tiga penyampai radio yang didakwa mempersenda upacara agama lain.

Menurut Mstar, Fahmi berkata, SKMM juga diarahkan untuk memanggil syarikat serta pihak pengurusan stesen radio berkenaan ke ibu pejabat untuk memberikan keterangan.

Advertisement

Fahmi Fadzil berucap

Kami sudah terima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.

 

Jadi, saya arahkan SKMM jalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di ibu pejabat SKMM.

Dalam pada itu, Astro Audio dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.

3 pagi era

Malah, pihaknya juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak SKMM untuk siasatan lanjut.

Kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini.

 

Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.

Sebelum ini, Era FM tampil membuat permohonan maaf gara-gara melakukan persembahan tarian yang didakwa telah mempersendakan agama Hindu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik stesen radio itu, pihak mereka berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama selain akan lebih peka dalam memuat naik kandungan media sosial.

era fm mohon maaf
1 hour ago

Buat Tarian Persenda Agama, Era FM Buat Permohonan Maaf Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...