Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tiga anggota polis trafik dilihat membuat sekatan jalan raya berhampiran persimpangan The Mines, Serdang.
Menerusi video tersebut, beberapa buah kenderaan dilihat ditahap di tepi jalan oleh salah seorang daripada anggota trafik dan dia dilihat bercakap dengan pemandu kereta di hadapan.
Susulan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dalaman terhadap tiga anggotanya yang melakukan sekatan jalan raya tersebut.
Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan berkata, pihaknya telah mengesan video yang tular itu.

Ketiga-tiga anggota itu sedang menjalankan sekatan jalan raya pada jam 12.15 hingga 1.15 tengah hari berhampiran persimpangan The Mines.
Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau perlanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.
Dia turut menegaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang tidak akan berkompromi jika terbukti berlakunya pelanggaran prosedur dalam operasi tersebut.
Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh menggangu siasatan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.