Buat Rawatan ‘Threadlift’, Amelina Nafi Ubah Rupa Bentuk Wajah

Hiburan

Buat Rawatan ‘Threadlift’, Amelina Nafi Ubah Rupa Bentuk Wajah

Penyanyi dangdut Amelina memuat naik perkongsian video di Instagram miliknya yang menunjukkan proses rawatan tanam benang atau threadlift pada rahang dan hidungnya.

Amelina
4 bulan lalu

Terima Tempahan Banyak Atas Nama Siti Sarah, Amelina Sebak Ada Individu Bantu Perniagaan Makanan

Advertisement

Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin membuat perkongsian video tersebut secara terbuka dan menunjukkan proses rawatan yang agak menyeramkan apabila wajahnya terpaksa dimasukkan jarum panjang yang berisi benang.

Amelina

Sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan perkara itu sekali gus membuatkan orang ramai ‘kecut perut’ melihat proses berkenaan.

kalau sagging kita tegangkan, kalau gemuk kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam.

Enggan tindakannya disalah erti, Amelina, 47, menegaskan bahawa keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.

Penyanyi lagu Ada Untukmu itu menjelaskan bahawa dia hanya mahu dirinya kelihatan seperti dahulu yang lebih ‘presentable’. Amelia turut berkongsi perbuahan wajahnya selepas melakukan rawatan tersebut.

Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jagan yang kekal.

Advertisement

Biarpun ramai yang memuji perubahan Amelina itu, namun ada juga komen-komen negatif yang mendakwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal. Namun, Amelina menegaskan bahawa dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anon

    October 25, 2021 at 8:02 pm

    Cantik. Dia artis kena maintain rupa. Itu lah kerja artis jaga rupa.. Tak adalah dia ubah dari amelina jadi rupa rita rudain. Kita masih kenal dia.

  2. Oman

    October 25, 2021 at 3:32 pm

    emm..ubah bentuk,keadaan wajah semua ni..bukan dosa ke eh? mengubah apa yg Allah tentukan utk kita..

  3. Anonymous

    October 25, 2021 at 2:18 pm

    hari tu sibuk xde job…..pendapatan terjejas dek PKP…..buat treatment ada pulak duit….

  4. Anonymous

    October 25, 2021 at 2:11 pm

    dah tua, buat jelah cara dah tua kak. tanam benang segala pun, zaman2 kegemilangan kak dah berlalu. sedarlah diri…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...