Penyanyi dangdut Amelina memuat naik perkongsian video di Instagram miliknya yang menunjukkan proses rawatan tanam benang atau threadlift pada rahang dan hidungnya.
Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin membuat perkongsian video tersebut secara terbuka dan menunjukkan proses rawatan yang agak menyeramkan apabila wajahnya terpaksa dimasukkan jarum panjang yang berisi benang.
Sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan perkara itu sekali gus membuatkan orang ramai ‘kecut perut’ melihat proses berkenaan.
kalau sagging kita tegangkan, kalau gemuk kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam.
Enggan tindakannya disalah erti, Amelina, 47, menegaskan bahawa keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.
Penyanyi lagu Ada Untukmu itu menjelaskan bahawa dia hanya mahu dirinya kelihatan seperti dahulu yang lebih ‘presentable’. Amelia turut berkongsi perbuahan wajahnya selepas melakukan rawatan tersebut.
Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jagan yang kekal.
Biarpun ramai yang memuji perubahan Amelina itu, namun ada juga komen-komen negatif yang mendakwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal. Namun, Amelina menegaskan bahawa dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.