Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia ada berkongsikan rakaman video memaparkan dirinya sedang membuat rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik dipercayai berlokasi di Ibu Kota, kelmarin.
Apa yang menarik perhatian warga maya pabila timbul persoalan mengenai lokasi Zarina yang tinggal di Nilai namun melakukan rawatan kecantikan tersebut di Kuala Lumpur.


Didakwa merentas negeri atas alasan yang tidak munasabah oleh netizen, Zarina Anjoulie tampil memberi jawapan bagi mengelakkan isu itu daripada terus berlanjutan.
Jelas Zarina, dia berulang-alik dari Nilai ke Kuala Lumpur hanya atas urusan kerja semata-mata.
Ujarnya lagi, dia juga sudah mendapat kebenaran merentas negeri daripada pihak berkuasa iaitu Balai Polis Nilai dan sama sekali tidak berasa khuatir jika ada pihak yang mempersoalkan tindakannya merentas negeri itu.

“Tolong faham aku hari-hari kerja dekat Kuala Lumpur, kadang aku tak balik sebab keesokannya kena kerja siang, aku tinggal Nilai jauh nak balik. Surat kebenaran kerja aku mohon di Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa tak puas hati boleh telefon terus balai polis tanya. Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet.”
Menerusi hantaran Instagram miliknya, Zarina turut memberitahu bahawa dia melakukan rawatan kecantikan tersebut kerana ianya tuntutan kerja di mana dia kini menjalankan bisnes membuat ulasan perkhidmatan ataupun dikenali sebagai ‘review’ dalam kalangan pengguna Instagram.

“Kerja aku review buat lipo (rawatan sedut lemak) dan dapat gaji, sila faham..” tulisnya lagi di hantaran tersebut.
Tulisnya lagi, dia menggunakan kebenaran rentas negeri itu hanyalah untuk mencari rezeki dalam menanggung kehidupan seharian.
tecit
June 19, 2021 at 11:12 pm
muke die mmg ade iras2 dengan pelakon ariana rose tu ape name die lupe la. aaa fathia. tang bibir. kalau die xbuat mulut die jd bengkak2 gitulaa.
Benda benar
May 28, 2021 at 12:03 am
Siapa geli disgusting tengok minah ni. Aku kalau tengok ig dia rasa nak muntah. Tak mandi..makan macam oink oink. Lagi satu ni bukan baru cerai ke dah share satu katil ngan jantan lain? Ni bukan tempoh edah ke? Takkan tak sape perasan kat ig story dia.? Anyway dosa dia la. Pandai tanggung. Geli tengok minah ni. Yucks.