Buat Rawatan “Fish Spa” Terdedah Risiko Dijangkiti HIV Dan Hepatisis C ? Ini Sebabnya..

Trending

Buat Rawatan “Fish Spa” Terdedah Risiko Dijangkiti HIV Dan Hepatisis C ? Ini Sebabnya..

Tak dinafikan rawatan kaki menggunakan khidmat ikan-ikan garra rufa amat popular sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan harga yang berpatutan dan keseronokan yang anda nikmati, ia menjadi tumpuan orang ramai.

Advertisement

Namun, anda juga perlu tahu bahawa rawatan ini tidaklah sepenuhnya bersih dan selamat.

Memetik laporan Agensi Perlindungan Kesihatan (HPA) dari United Kingdom, walaupun risiko untuk mendapat jangkitan rendah, namun ia tidak boleh dipandang remeh dan dikecualikan.

Tangki ikan yang digunakan mengandungi mikroorganisma dan masalah boleh berlaku dari bakteria yang dipindahkan daripada ikan-ikan tersebut, atau daripada air dan juga daripada satu pelanggang kepada pelanggan yang lain.

Mereka yang menghidap diabetes, psoriasis (penyakit kulit) dan sistem ketahanan badan yang rendah sangat terdedah kepada bahaya dan disarankan supaya tidak sesekali membuat rawatan ini, lebih-lebih lagi hanya untuk suka-suka.

Antara penyakit berbahaya yang berisiko berjangkit melalui rawatan spa kaki termasuklah HIV dan hepatitis C. Apabila pengguna atau pelanggan dijangkiti dengan virus bawaan darah seperti HIV atau hepatitis C terluka atau darah mereka mengalir di dalam air, ia menyebabkan berlaku risiko penyakit ini disebarkan.

“Jika prosedur kebersihan diikut oleh pengusaha spa seperti menukarkan air untuk setiap pelanggan, risikonya menjadi rendah, namun risikonya tetap ada untuk dijangkiti seperti HIV dan hepatitis,” jelas agensi itu lagi.

Rawatan yang popular di Asia ini di haramkan di Amerika Syarikat termasuklah Florida, Texas, New Hampshire dan Washington. Ia disebabkan kerisauan jangkitan boleh tersebar melalui luka.

Dr Hilary Kirkbride, pakar perunding epidemiologi menjelaskan, di HPA juga berpendapat sama dengan berkata, “Jika standard kebersihan diikut oleh pekerja-pekerja di spa tersebut, risiko untuk dijangkiti adalah tipis namun bagi sesetengah orang, risiko mereka adalah tinggi.”

Beliau menyarankan pemilik spa memeriksa terlebih dahulu jika pelanggan mempunyai masalah kesihatan yang boleh memberikan risiko kepada mereka. Pemeriksaan terhadap kaki pelanggan juga perlu untuk memastikan tiada luka atau masalah kulit yang boleh berjangkit.

Sumber : Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...