Buat Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lelaki Ini Tanggung Derita Yang Tak Disangka

Trending

Buat Rawatan Bekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lelaki Ini Tanggung Derita Yang Tak Disangka

Akibat menjalani rawatan bekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, Li Lin, menderita apabila kesan bekam itu memburuk – dan ia boleh dilihat dari 7 parut besar di belakangnya.

Advertisement

Laporan menyebut, lelaki yang menderita akibat kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti untuk berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk berbekam semula.

Li Lin berkata : Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya”.

Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama setiap kali rawatan.

Biarpun 7 kesan parut sudah pun kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.

Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius.

Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.

Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...