“Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi…” – Akaun TikTok ‘BoikotPakMat’ Dakwa Pak Mat Western ‘Liat’ Bayar Gaji Staf?

Trending

“Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi…” – Akaun TikTok ‘BoikotPakMat’ Dakwa Pak Mat Western ‘Liat’ Bayar Gaji Staf?

Satu akaun TikTok @boikotpakmat meraih perhatian ramai selepas individu di sebalik akaun tersebut membuat dakwaan tentang restoran western terkenal, Pak Mat Western tidak membayar gaji pekerja.

Akaun tersebut yang dipercayai dibuat untuk menyebarkan dakwaan tersebut telah berkongsi beberapa hantaran di mana semuanya berkaitan isu Pak Mat Western.

Advertisement

Buat program sejuta selawat, infaq bagi sana sini tapi gaji staf dan ex staf buat liat nak bayar. Siapa lagi kalau bukan Pak Mat Western.

Pak Mat Western didakwa tak bayar gaji staf

Ketika artikel ini ditulis, akaun tersebut telah berkongsi enam hantaran berbeza dan ia bermula dengan dakwaan bahawa restoran tersebut tidak membayar gaji pekerja dan bekas pekerja.

Individu ini juga mendakwa bahawa penyokong dan peminat Pak Mat Western datang menyerang menggunakan akaun palsu semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.

Pak Mat Western

Ramai pengguna laman sosial TikTok memberikan respon dan komen masing-masing di ruangan komen di mana ramai yang mendedahkan bahawa mereka pernah ditipu oleh ejen Pak Mat Western.

Segelintir individu mendakwa bahawa pesanan mereka telah dibatalkan secara tiba-tiba namun sehingga hari ini masih belum menerima bayaran refund.

Ada yang menyuarakan kebimbangan sekiranya Pak Mat Western tidak membayar wanita dikenali sebagai ‘Kak Cik Yah’ yang membuat content bersama mereka sebelum ini.

akaun TikTok boikotpakmat

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

"Dia Suruh Bagi Muka Sebab Baru Kahwin & Ada Anak Special" - Andika Putera Didakwa Tak Bayar Gaji & EPF Staf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...