Buat ‘Posting’ Panjang Tentang Isu Ciplak Rekaan Samping, Netizen Kritik Aazief Khalid – “Apa Yang You Sibuk Ni…”

Trending

Buat ‘Posting’ Panjang Tentang Isu Ciplak Rekaan Samping, Netizen Kritik Aazief Khalid – “Apa Yang You Sibuk Ni…”

Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang dakwaan bahawa usahawan El Azman telah meniru rekaan samping warisan turun temurun keluarga pereka fesyen, Emri.

Meskipun El Azman sudah memberikan kenyataan balas menerusi akaun media sosial namun isu tersebut masih dibahaskan dan menjadi topik hangat.

Advertisement

Sebelum ini, komen Asyraf Khalid di hantaran El Azman mendapat perhatian netizen dan kali ini adiknya, Aazief Khalid pula menerima kritikan di laman sosial Threads.

BACA: Komen Asyraf Khalid Di IG Elrah Curi Perhatian Ramai – “Hebat Betul Family Dia Je Boleh Guna Design Tu”

Menerusi laman sosial itu, Aazief telah membuat hantaran panjang membahaskan tentang isu tersebut dan berkata seseorang individu tidak boleh mempunyai hak terhadap motif keris pada sesuatu rekaan.

Keris itu adalah simbol kebangsaan. Kamu (Emri) telah menggunakan platform awam untuk mendakwa sebaliknya dan jenama-jenama kecil mendapat kecaman.

 

View on Threads

 

Bagaimanapun, hantaran Aazief menerima kritikan ramai yang menegurnya dan Asyraf kerana ikut campur urusan yang tiada kena mengena dengan mereka.

Ada yang berkata dua beradik itu mahu menunggal isu tular dan ramai yang menyindirnya tidak ‘move on’ daripada kisah cinta lama.

Tak perlu la you masuk campur. Dorang trademark design bukan keris. Dua benda berbeza.

komen netizen di Threads Aazief Khalid

Dalam pada itu, segelintir individu berkata Aazief tidak faham tentang isu yang sebenar bahawa Emri mempersoal El Azman meniru rekaan samping dan bukanlah tentang keris.

Bukan itu sahaja, hantaran Aazief juga turut mendapat perhatian tuan empunya bada, Emri yang turut membalas kepadanya.

komen Emri pada Aazief

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...