Membuat majlis perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah dan pasti akan perlu menggunakan duit yang banyak untuk mendapatkan majlis kahwin idaman.
Susulan mahu mendapatkan majlis kahwin idaman, ada saja pasangan yang sanggup membuat pinjaman peribadi dan berhutang.
Pasangan pengantin buat ‘personal loan’ RM20k demi majlis kahwin
Melalui laporan mStar, seorang wanita telah membuat pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinannya.
Aku dengan suami aku kahwin buat pinjaman peribadi RM20,000. Setakat ini tak ‘rabak’ sangat, bayar RM300 setiap bulan. Disarankan untuk orang terdesak kahwin. Kami pasangan yang semua bayar 50-50.
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut berkata dirinya dan suami kini hidup bahagia dan tidak berkira.
‘Tak semua buat pinjaman akan hidup sengsara’
Perkongsiaan tersebut difahamkan tidak dapat persetujuan netizen tetapi terdapat juga individu yang menegaskan tidak semua pasangan yang hidup berhutang berada dalam keadaan sengsara.
Tak ada pula ketetapan siapa yang buat pinjaman untuk kahwin ni confirm tak bahagia. Semua tu stigma saja.
Ramai je orang yang kahwin pakai duit pinjaman dan kekal bahagia.
Bagaimanapun, warganet tetap memberi pesanan buat bakal pasangan pengantin untuk tidak meniru tindakan wanita itu.