February 5th, 2010

[note]Baca ini dulu sebelum anda skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru [/note]

baby ammar

Baru terbaca mengenai Nuffnang Charity Project – Baby Ammar dan kami sangat-sangat bersimpati dan terharu dengan keadaan bayi Ammar. Secara ringkasnya, Ammar menghidap sejenis penyakit jantung yang memerlukan pembedahan. Dan untuk memastikan pembedahan nie boleh dijalankan, deposit sebanyak RM12,000 diperlukan.

Mungkin angka RM12,000 nampak sikit kepada mereka-mereka yang bergaji besar. Tapi untuk ibu Ammar yang hanya merupakan seorang suri rumah dan perlu menanggung 5 orang anak, RM12,000 amat payah dicarik. Mungkin kalau anda semua membaca blog ibu Ammar, akan terasa serba sedikit betapa beratnya keperitan yang terpaksa ditanggung olehnya.

baby ammar

Jadi macam mana kita sebagai pembaca BeautifulNara boleh menolong? Setiap hari hampir 30,000 pelawat datang membaca BeautifulNara nie. Jadi kalau setiap seorang dari kita dermakan RM1 untuk membantu Ammar, kan dah dapat RM30,000 tue? Senang jer kan? Jadi tunggu apa lagi. Kami hanya perlukan RM1 sahaja dari wang anda. Dibawah adalah details bank yang anda boleh transferkan RM1 anda:-

Asmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank)

Sesungguhnya segala jasa baik anda bakal dibalas suatu hari nanti. Mana tau hari nie hari Ammar, esok lusa hari kita pula meminta ehsan dari orang lain. Kami tahu pembaca BeautifulNara sangat-sangat prihatin. Jadi marilah kita membantu apa yang kita mampu.


Comments are closed.

Loading...