Buat Pelamin Ringkas Depan Rumah, Datuk Ramli MS Terima Menantu Pertama

Hiburan

Buat Pelamin Ringkas Depan Rumah, Datuk Ramli MS Terima Menantu Pertama

Siapa tidak kenal maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS yang sentiasa tampil bersahaja dalam apa jua acara. Baru-baru ini, Ramli MS khabarnya telah menerima menantu lelaki pertama apabila anak perempuannya, Nadiah telah selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan iaitu Taufik Farriz.

Anak Datuk Ramli MS dan JennSumber : Instagram Nadiah Ramli  

Nadiah yang merupakan anak dari perkahwinan pertamanya dengan Jennifer Thompson dilaporkan telah mengikat janji setia bersama suaminya pada hari semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan isterinya, Datin Alyah menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Alyah telah memuat naik beberapa keping foto mereka sekeluarga di sebuah pelamin ringkas yang dipercayai didirikan di dalam kawasan rumah Ramli MS.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Dalam pada itu, turut hadir adalah Jennifer sendiri serta anak lelaki yang juga hasil perkongsian hidup mereka berdua iaitu Najee.

Datin Alyah dalam hantaran tersebut juga telah menzahirkan perasaan bahagia dan ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat kerana diberi kesempatan untuk turut serta dalam membuat persiapan majlis tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by ???p?u (@nadiahramli)

Penyanyi Jutaan Purnama itu juga sempat mengirimkan doa buat pasangan mempelai agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

Terdahulu, Nadiah dan Taufiq yang telah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu difahamkan telah mula mengenali antara satu sama lain semenjak tahun 2017 setelah bekerjasama dalam sebuah tuntutan kerja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...