Buat Parodi ‘Perempuan Itu’, Abby Abadi & Norman Hakim Dikata Imbau Memori Lama – “Dulu Ni Real, Kena Rakam Melodi”

Hiburan

Buat Parodi ‘Perempuan Itu’, Abby Abadi & Norman Hakim Dikata Imbau Memori Lama – “Dulu Ni Real, Kena Rakam Melodi”

Drama arahan Erma Fatima yang dahulu menjadi kontroversi, Perempuan Itu kini mendapat pujian ramai kerana mengangkat darjat seorang wanita yang dicurangi oleh suami sendiri.

Trending sepanjang ia ditayangkan, drama lakonan Mimi Lana dan Zul Ariffin itu hangat dibualkan di media sosial malah ramai yang turut mengikuti trend voice over babak dalam drama tersebut.

Advertisement

Bukan hanya penonton namun ada juga selebriti lain yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti trend di TikTok tersebut dan video Norman Hakim dan Abby Abadi meraih perhatian warganet.

Menerusi voice over itu, ia merupakan skrip di mana watak utama iaitu Khalish lakonan Mimi Lana sedang berdialog melepaskan kemarahan kepada suaminya, Emir yang dilakonkan oleh Zul Ariffin.

Awak asyik tipu, tipu, tipu saya lagi, Saya sekarang ni, saya rasa hilang semua benda Emir. Semua!”

@abbyabadi112 Assalamualaiku Pagi semua..?? Ni dari akaun @MemeySuhaizaOfficial_ Mummy belanja BTS scene2 semalam ? Mummy Memey kata kita minat sgt cerita ni, jadi dia & @Norman Hakim layan permintaan mama utk buat video lipsync ni padahall dia yg tengok beriaaaa! ??? video asal dah tgk semalam kan? Ni layan disebalik tabir pulakzz Semua mainkan peranan dlm penghasilan video ni.. Mama & papa berlakon.. Mummmy tukang record.. & Abah @JaiAbby Official ? original sound – eida_shidi

Menjengah ruangan komen ramai warganet yang terhibur namun ada yang turut mengimbau tentang kemelut rumah tangga pasangan tersebut suatu ketika dahulu.

Ada yang berseloroh dan berkata skrip serta lakonan tersebut sudah seperti sama atau kena mengena dengan kehidupan realiti mereka di saat mereka dalam proses berpisah.

komen1 komen2  komen4 komen5

komen

Abby bagaimanapun meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian tentang apa yang berlaku melibatkan rumah tangganya bersama dengan Norman sebelum ini.

Katanya, ketika itu dia hanya mahu berjumpa dengan bapa kepada anak-anaknya dan bukanlah bertujua untuk menyerang aktor berbadan sado tersebut.

Untuk rekod, Norman dan Abby berkahwin pada 2002 namun bercerai pada 2009 dan hasil perkahwinan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Meskipun pernah berlaku episod hitam dalam rumah tangga namun mereka berdua bersama pasangan masing-masing kini berkawan baik dan mengekalkan silaturahim.

1 year ago

"Tak Perlu Tunjuk Orang, You Dah Tua Takkan Tak Tahu Hukum" - Peluk Suami Waktu Zikir, Netizen Tegur Abby Abadi Tayang Kemesraan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...