Boleh dikatakan sekarang ini banyak filem-filem seram daripada negara jiran dimainkan di pagawam dan sememangnya menjadi pilihan kerana mempunyai elemen-elemen yang lebih seram.
Bagaimanapun, seorang individu di Twitter (X) ini meluahkan rasa kurang senang apabila banyak filem seram berunsur ibadah Islam digunakan oleh pengarah di Indonesia.
i like their horror films but pls indo film producers, stop making horror film about ibadah solat. you’re instilling the wrong feeling for people to perform prayers & disturbing their khusyuk. https://t.co/Gsm8tN0G91
— izzi (@IzzraifHarz) October 23, 2023
Kata individu tersebut, dia meminati filem Indonesia tetapi tidak sokong dengan idea seram berunsurkan ibadah Islam seperti hantu muncul ketika sedang solat kerana ia membuatkan orang ramai mempunyai perasaan tidak khusyuk apabila beribadah.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen setuju dengan pandangan individu itu dan berkata solat sepatutnya menjadi tempat yang selamat serta selesa.