“Buat Masjid Canggih-Canggih Tapi Nak Cari Ruang Solat Wanita Pun Susah”

Trending

“Buat Masjid Canggih-Canggih Tapi Nak Cari Ruang Solat Wanita Pun Susah”

Sejak akhir-akhir ini entah mengapa saya tidak suka masuk ke dalam masjid. Saya tak kisah apa juga tanggapan orang apabila membaca ayat saya yang pertama ini?

Apabila saya ke mana-mana, bila suami mahu berhenti solat di masjid saya pasti akan suruh suami cari stesen minyak petronas atau surau R n R sahaja.

Advertisement

Kalau mahu ke masjid carilah masjid yang kecil sahaja, bukan masjid besar tersergam. Memang banyak masjid yang saya masuki.

Tetapi tidak banyak masjid yang mesra kepada wanita terutama wanita separa tua seperti saya yang sudah mula sakit lutut.

Sebabnya…

Tempat wuduk jauh ke belakang. Pernah saya melilau mencari tempat wuduk, rupanya kena turun tangga dan tangganya sangat curam.

Kasut harus di letak di bahagian hadapan.

Tempat wuduk di bahagian belakang, jauh, berpasir. Bagaimana saya yakin untuk ke tempat solat. Selepas ambik wuduk, kena pijak lantai yang entah bersih entah tidak.

Seperkara lagi mahu mencari ruang solat pun susah. Tidak tahu bahagian solat wanita di sebelah mana?. Buat masjid begitu canggih sekali.

Bukan main besar gedabak tetapi paling sedih bila tempat solat wanita di letak di tingkat atas. Tangga pula di bahagian belakang yang harus berpusing-pusing.

Merangkak lagi mak cik yang separa tua ini naik dengan lutut yang sakit.

Kalau nasib baik adalah lift di masjid itu (tetapi setakat ini yang saya jumpa masjid putrajaya dan satu masjid di Kuala Lumpur)

Saya hairan bagaimana perancangan awal masjid itu di bina. Kenapa makmum wanita ini seperti tidak dipedulikan.

Adakah masjid ini di bina untuk bersolat jumaat sahaja, sehingga yang membina masjid ini lupa ketidakupayaan sesetengah makmum wanita.

Tempat solat lelaki kebanyakkan mudah. Masuk sahaja sudah tempat berwuduk dan pergi terus ruang solat. Tetapi tempat wanita berpusing-pusing.

Tawaf beberapa kali baru jumpa.

Sebab itu saya lebih suka solat di stesen minyak.

Tolak sahaja pintu, itu tempat wuduk itulah ruang solat. Begitulah dengan surau atau masjid kecil. Masjid di bahagi dua, sebelah kanan lelaki sebelah kiri perempuan.

Senang sahaja nak tuju .

Buat masjid besar tetapi tidak mesra kepada kami wanita, untuk apa? Adakah kita warga kelas ketiga di dalam masjid di negara sendiri?

Sumber : Norhayati Berahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...