Sebelum ini, berita mengenai Syasya mengundurkan diri dari kumpulan Dolla sememangnya membuat peminat berasa sedih.
Bakal bergerak solo?
Biarpun mengundurkan diri dari kumpulan tersebut, Syasya difahamkan masih mempunyai kontrak dengan syarikat Universal Music Malaysia (UMM).
Menurut pengarah urusan UMM, pihak mereka tidak menolak jika Syasya mahu bergerak solo di masa akan datang.
View this post on Instagram
Kita tak boleh janji sama ada Syasya akan bergerak secara solo sebab semuanya bergantung kepada perbincangan.
Mahu berehat
Dalam pada masa yang sama, pengarah urusan UMM memaklumkan kini Syasya hanya mahu berehat untuk sementara waktu sebelum membuat sebarang keputusan lain.
Sekadar info, Syasya secara rasmi mengundurkan diri dari kumpulan Dolla pada 8 April lalu dan pada 21 April, penyanyi terbabit memaklumkan dirinya sudah pun bergelar isteri dengan memuat naik gambar bersama suami di Instagram.