“Buat Mak Saya Macam Tunggul, Kehulu-Kehilir Masih Bertuala” – Ini Penjelasan Dari Pihak ‘Homestay’ Isu Penginap Dakwa Dihalau Secara Kasar

Kehidupan

“Buat Mak Saya Macam Tunggul, Kehulu-Kehilir Masih Bertuala” – Ini Penjelasan Dari Pihak ‘Homestay’ Isu Penginap Dakwa Dihalau Secara Kasar

Tular sebelum ini mengenai kisah penginap sebuah ‘homestay’ di Alor Setar yang mendakwa mereka dihalau seperti ‘anjing’ oleh pemilik rumah inap berkenaan.

Pada mulanya , ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa penginap rumah inap itu namun setelah anak kepada pemilik ‘homestay’ itu tampil memberikan penjelasan daripada pihak mereka, ramai pula yang tidak berpuas hati dengan sikap penginap itu yang didakwa kurang ajar dan memanipulasi keadaan.

Advertisement

Anak ‘owner’ inap desa tampil beri penjelasan

Menurut anak kepada pemilik rumah inap itu, penginap yang datang duduk sementara kerana urusan perniagaan itu rupa-rupanya lewat ‘check-out’ sehingga menganggu urusan pembersihan untuk penyewa seterusnya.

Malah, penginap yang datang berkumpulan itu dikatakan membuat perangai sambil lewa ketika tukang cuci datang untuk membersihkan rumah tersebut.

Jam 1.50, 2 petang cleaner mai tengok lagi tapi masih bertuala. Mentang-mentang cleaner tua umur dah setengah abah hampa buat taktau saja. Cleaner call mak kata tuan masih tak check out. Mak terus kelam-kabut siap-siap p homestay.

2.20-2.25 mak saya sampai homestay. Mak saya tanya pasaipa tak keluar lagi makcik dah bagi lama sangat. Dah lebih kurang 2 jam setengah lewat check out. Tuan dan team tuan boleh layan mak saya macam tunggul, buat taktau saja, yang masih bertuala kehulu kehilir.

Penginap menipu situasi sebenar

Kata anak pemilik rumah inap itu lagi, penginap berkenaan telah menipu dalam video yang dimuat naik mereka tentang kelewatan yang berlaku hanya satu jam sedangkan hampir 3 jam masih lagi tiada usaha untuk keluar dari homestay itu.

Hampa maki hamun mak saya. Satu taman dengar. Tuan takdak hati perut ka buat orang macam tu, mak saya cakap buat taktau ja tak kalut-kalut nak siap pun. Duk asyik melawan gaduh dengan mak.

Tolong la hormat peraturan business orang tuan. Jangan buat macam ni. Mak saya pun salah duk pi lempaq beg letak luaq. Saya dah tegur kata kalau lain kali kalau jadi macam ni jangan duk marah, call polis.

Terdahulu, sekumpulan individu tampil membuat video memaparkan sikap seorang wanita dipercayai pemilik ‘homestay’ di Kedah yang mengamuk kerana mereka lewat mendaftar keluar.

Video itu kemudiannya dipadam setelah menjadi tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

owner homestay halau
3 months ago

"Ya Saya Mengaku Salah Tapi Jangan Halau Kami Macam Anjing" - Pemilik 'Homestay' Didakwa Halau Penginap, Campak Beg Atas Lantai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...