October 29th, 2019

Kebelakangan ini semakin ramai pasangan artis yang mengalami kemelut dalam perkahwinan mereka sehingga membawa kepada penceraian. Pun begitu, masih ramai lagi artis lain yang sedang berbung-bunga gembira kerana tidak sabar ingin naik pelamin.

Salah seorang daripada artis ini ialah pelakon Nadia Brian yang bakal berkahwin dengan tunangnya Muizz Nasruddin. Kalau anda perasan, mereka telah bertunang pada Mei lepas tetapi tidak dapat melangsungkan perkahwinan mereka dengan segera atas sebab lokasi yang diinginkan sudah habis ditempah.

netizen kurang senang lihat penampilan nadia brian di majlis bridal showernya

Namun, setelah lama menanti, pasangan ini akhirnya telah menemui lokasi dan tarikh yang sesuai bagi menyambut hari bahagia itu bersama ahli keluarga dan rakan taulan yang lain.

Untuk meraikan waktu-waktu terakhir Nadia sebagai seorang bujang, dia dan beberapa rakannya yang lain telah mengadakan satu sambutan ‘bridal shower’ yang telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

View this post on Instagram

 

Nadia Brian’s Bridal Shower! Thank you so much everyone! My bridesmaids & i had a great time! I would also like to thank you to the sponsors for the wonderful decorations, foods, desserts, accessories, makeup products, outfit & etc! 1. NB muffins @nbmuffin 2. Official event & dessert decorator @sheparty_creative 3. Balloon ‘n’ Party Supplies @balloonnpartysupplies 4. Ainul Cookies & Co @ainulcookiesandco 5. Kek & Co @kuebykek 6. Absolut Chocolat @absolutchocolat 7. June Kueh @junekueh 8. Classy N Co earrings @classynco_ 9. Wanderlust + Co @wanderlustandco 10. OhMostWanted Cosmetics @ohmostwantedlook 11. Coco Onya Curl cream @coco.onya 12. Body Onz @bodyonz 13. SS Wardrobe @ss_wardrobe 14. Manis by nis.abu @nis.abu Official Photographer @mapheez Song: Girls just want to have fun- Cyndi Lauper I love my girls so much! @iamjulzmn @ainulaishah @azzureinraz @lydiabrian @syafnidashuhaimi @diyanashah @hannahdelisha @erinabutton @erinalombardii @kueraahmad @nurinatasha8 @yusairiy #NadiaBrian #NBBridalshower #BohoMixHippies #FriendsForever

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian) on

Tampil seksi dengan mengenakan dress low cut bewarna merah terang, ramai yang terpesona melihat kecantikan Nadia itu.

netizen kurang senang lihat penampilan nadia brian di majlis bridal shower

netizen kurang senang lihat penampilan nadia brian di majlis bridal shower

Tak cukup dengan itu, wanita itu benar-benar mengambil serius dengan terma ‘shower’ dalam perkataan ‘bridal shower’ kerana dia telah bermain air dalam kolam renang di majlis sambutan itu.

netizen kurang senang lihat penampilan nadia brian di majlis bridal shower

netizen kurang senang lihat penampilan nadia brian di majlis bridal shower

Walaupun, Nadia nampak gembira dengan segala aspek majlis itu tetapi ramai suara sumbang yang telah menyelar majlis tersebut. Bagi segelintir netizen, mereka tidak faham kenapa perlu mengadakan ‘bridal shower’ walhal itu adalah budaya barat.

Tak kurang juga, ada yang tidak senang melihat Nadia tampil terlalu seksi sehingga ada yang kesiankan bakal suaminya kerana mempunyai tunangan yang sanggup ‘belanja’ orang lain dengan penampilan tidak sopannya itu.

Sumber: Forum BM Cari


10 responses to “Buat Majlis ‘Bridal Shower’, Ramai Kurang Senang Lihat Penampilan Nadia Brian”

  1. nana says:

    biar lah. dia mmpu kan..korang mnyalak pun dia bukan kisah. org mcmni dh tak pduli apa org ckp, buktinya dia brani bt. wlpn dh tau mst kene kecam..doa yg baik2 jela.

  2. korok says:

    artis malaysia kan byk yg acah2 cm omputih…memasing nak tjk sapa paling glamer…gah…curlass…sok kawin x smpi berapa tahun dh cerai…xda keberkatan dlm perkahwinan..awal2 dh cmni…

  3. Anonymous says:

    alah alah ramai je hijabista hijabista buat bridal shower lah baby shower lah.takde pulak kena kecam. confuse

  4. Anonymous says:

    xdak seri pengantin..sorry

  5. Damai says:

    ada tu mlm berinai pun ada yg kena sound apatah lagi bridal shower yg bukan budaya melayu langsung, apatah lagi dlm islam, x faham lah, bridal shower dan bay shower segala

Loading...