Buat ‘Live’ Di Instagram, Shuk Sahar Tak Perasan Ada Suara Seram Wanita Menangis Dalam Video

Hiburan

Buat ‘Live’ Di Instagram, Shuk Sahar Tak Perasan Ada Suara Seram Wanita Menangis Dalam Video

Personaliti TV dan juga penyampai radio, Shuk Sahar baru-baru ini ada membuat satu siaran langsung di Instagram miliknya, sekadar untuk berinteraksi dengan bermain teka-teki bersama peminat di alam maya.

Shuk SaharSumber : Instagram Shuk Sahar  

Namun, apa yang lebih menarik perhatian, ketika ‘live’ Instagram itu berlangsung, terdapat satu suara aneh yang menyerupai tangisan seorang wanita yang turut kedengaran sekali ketika dia bersiaran langsung. Difahamkan, Shuk pada ketika itu sedang berada dalam lif untuk balik ke rumah dan dia sama sekali tidak menyedari sebarang suara asing pada ketika itu.

Advertisement

Dia turut berkongsikan video pendek daripada ‘live’ Instagramnnya itu untuk tatapan peminat.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Saya memang tak dengan apa pun waktu live tu. Mula-mula saya live biasa je. Lepastu kami main teka-teka umur dan nama. Siapa menang dia dapat RM150. Kemudian saya tengok kat ruang komen semua kata ada suara orang menangis padahal saya tak dengar apa pun.”

Tambahnya lagi, dia hanya menyedari mengenai perkara itu apabila ada seorang individu telah menghantar rakaman siaran langsung itu kepadanya dan ternyata, memang muncul suara wanita seperti sedang menangis.

Shuk dalam pada itu turut menjelaskan bahawa rumah yang didiaminya bersama isteri dan anak-anaknya kini sebenarnya baru sahaja diduduki dan mereka sekeluarga masih belum sempat untuk menganjurkan doa selamat seperti kebiasaannya. Sehubungan dengan itu, pelawak terkenal itu memberitahu bahawa dia akan memanggil orang yang bertauliah untuk memeriksa jika ada apa-apa yang perlu dilakukan dalam mengelakkan sebarang gangguan.

Sekadar info tambahan, Shuk telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta iaitu Rossalennah Asshaferah dan kini bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Shuk Sahar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...