Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Buat Live Bersama, Neelofa Tersasul Panggil PU Riz “Sayang”

Kecoh di media sosial kini apabila usahawan terkemuka tanah air iaitu Neelofa secara tidak sengaja tersasul memanggil bakal suami “sayang” ketika sedang bersiaran langsung (IG live) di Instagram.

Difahamkan, kedua-dua mereka membuat Live itu bertujuan untuk mempromosikan sebuah program menjana pendapatan dikhususkan kepada golongan suri rumah dan pelajar yang ditubuhkan atas usaha bersama mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, beliau yang telah dirisik pendakwah itu dilihat hanya mampu ketawa dan pantas mengubah topik dengan selingan kata-kata bakal suaminya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan teruja dengan momen tersebut.

Bahkan, ramai juga yang tampil menzahirkan kata-kata manis di ruangan berkenaan.

Terdahulu gempar seluruh negara apabila Neelofa dan PU Riz dikatakan bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah sekitar Mac tahun hadapan. Namun sehingga kini, masih belum ada pengesahan lanjut berikutan tarikh tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    December 14, 2020 at 6:15 pm

    Tak faham la…bila dah bertunang je dah dapat lesen untuk sentiasa bersama? Penampilan dengan berniqab…dah sangat baik dah tu. Dok dekat2…nikah je la terus. Apa motif berniqab? Sebab…akan bersuamikan ustaz??? Emmm….

  2. apis

    December 14, 2020 at 12:53 pm

    tule terkejut juga die purdah pun masih pggil sayang2..igtkan betul2 da berubah, kalau betullah kan die ni baik

  3. tecit

    December 14, 2020 at 10:35 am

    halahh halahhh. aku xtau la nk ckp ape. klu dah bertunang ok jugee. ni baru dirisikk. risik tu dah menghalalkan sayang2 ke tehehe. mengaku jelaa pkai purdah ke serban ke, xmembuatkan kau menjauhi couple maple ni. samo sajoo.. beza pkai purdah dgn serban yoooo. chet podahhh. jgn bg trend ikot2an adik2 satu mesia dah laa woii. yg slh tetap kene btau salah. nt org igt benda ko buat tu betoi

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top