Buat Live Bersama, Neelofa Tersasul Panggil PU Riz “Sayang”

Hiburan

Buat Live Bersama, Neelofa Tersasul Panggil PU Riz “Sayang”

Kecoh di media sosial kini apabila usahawan terkemuka tanah air iaitu Neelofa secara tidak sengaja tersasul memanggil bakal suami “sayang” ketika sedang bersiaran langsung (IG live) di Instagram.

Advertisement

Difahamkan, kedua-dua mereka membuat Live itu bertujuan untuk mempromosikan sebuah program menjana pendapatan dikhususkan kepada golongan suri rumah dan pelajar yang ditubuhkan atas usaha bersama mereka.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, beliau yang telah dirisik pendakwah itu dilihat hanya mampu ketawa dan pantas mengubah topik dengan selingan kata-kata bakal suaminya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan teruja dengan momen tersebut.

Bahkan, ramai juga yang tampil menzahirkan kata-kata manis di ruangan berkenaan.

Terdahulu gempar seluruh negara apabila Neelofa dan PU Riz dikatakan bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah sekitar Mac tahun hadapan. Namun sehingga kini, masih belum ada pengesahan lanjut berikutan tarikh tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...