Buat Liputan Khas Macam Wartawan, Gelagat Dua Wanita Curi Perhatian Ramai

Trending

Buat Liputan Khas Macam Wartawan, Gelagat Dua Wanita Curi Perhatian Ramai

Anda tahu wartawan berita? Tidak dinafikan, kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya suka dan sering menonton rancangan berita di televisyen khususnya bagi golongan dewasa dan individu yang lebih berusia.

Boleh dikatakan, laporan berita sudah lama disiarkan oleh kebanyakan stesen televisyen di Malaysia dan televisyen adalah antara medium utama untuk menyebarkan berita.

Advertisement

Faktor ramai yang suka menonton berita adalah disebabkan keinginan setiap penonton untuk mendapat laporan berita selain tertarik dengan cara penyampaian berita oleh penyampai yang bertugas.

1 year lalu

(Video) Aksi Santai Wartawan Ini Buat Laporan Berita Di Sekolah Mencuit Hati Netizen

Pekerjaan sebagai penyampai berita bukanlah satu perkara yang mudah kerana anda perlu berdepan dengan banyak cabaran. Lebih-lebih lagi kalau sedang bersiaran langsung.

Ramai juga yang menyukai pekerjaan tersebut dan bercita-cita mahu menjadi salah seorang penyampai berita suatu hari nanti kerana minat mereka.

Advertisement

Dua orang wanita membuat liputan seperti wartawan semasa menunggu ibu bersiap

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @salynata yang memaparkan dua orang wanita ketika berada di dalam kereta sambil menunggu si ibu yang sedang bersiap.

Dalam perkongsian video tersebut, ia difahamkan yang kedua-dua wanita itu adalah adik-beradik. Disebabkan si ibu mengambik masa yang lama untuk bersiap, mereka berdua sempat membuat liputan khas seolah-olah seperti seorang wartawan yang sedang menyampaikan berita sementara menunggu ketibaan si ibu.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila gaya dan tone suara mereka berdua tidak ubah seperti kita sedang menonton rancangan penyiasatan Malaysia iaitu 999. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya si ibu keluar dan turut melayan karenah mereka secara spontan.

“Agak-agak kalau bercakap dengan dia ni rasa macam dengar berita tak hari-hari”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 237.1 ribu tontonan, 24.2 ribu tanda like dan 838 komen. Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji suara mereka berdua yang dilihat boleh pergi jauh dalam bidang kewartawanan.

Dua wanita buat liputan macam wartawan Dua wanita buat liputan macam wartawan Dua wanita buat liputan macam wartawan Dua wanita buat liputan macam wartawan Dua wanita buat liputan macam wartawan Dua wanita buat liputan macam wartawan Dua wanita buat liputan macam wartawan

Dua wanita buat liputan macam wartawan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh bertanyakan bagaimana jika bercakap dengan kedua-dua wanita tersebut dalam perbualan harian, adakah setiap kali berbual hari-hari terasa seperti mendengar berita.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...