Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Buat Laporan Palsu: Farid Kamil Bakal Dituduh Di Mahkamah Esok

Datuk Farid Kamil kini berdepan dengan pertuduhan membuat laporan palsu dan akan hadir ke mahmkamah untuk dituduh esok.

Berita Harian Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen192 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama.

Dalam sidang media sebelum ini, Farid mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan dadah dalam minumannya.

Dakwa Farid, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.

Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Advertisement

Pada 16 Januari lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja. – via BH Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. BungOmar

    March 8, 2018 at 7:07 pm

    undang-undang tolong jangan berat sebelah kepada artis hisap dadah ni,jenis babi punya artis,apesal time yang dituduh kene reman aritu tak bagitau awal-awal silap orang,pegi mampos artis celaka gini

  2. Kak tok

    March 8, 2018 at 6:47 pm

    Nak pedajal orang..last2 kena kat hang balik..padan muka hang afrid

  3. Anonymous

    March 8, 2018 at 3:37 pm

    dia ni mmg palsu belaka. bini nak sambung belajar g obersea-palsu bulan lahir anak first-palsu nama penuh anak -palsu kulit gatal kena hujan-palsu dato-pal?? heheheee

    • wekkkkkkk

      March 8, 2018 at 4:05 pm

      rambut dia pun palsu perang…

  4. Anonymous

    March 8, 2018 at 3:35 pm

    Hahahaha…kelakar lah…lawak betul….kes dia tu…doakan yg terbaik jelah ye….

  5. kuki

    March 8, 2018 at 3:33 pm

    kalau ambik ganja kan daun namanya . macam mana nak masukkan dalam minuman . nak kelentong pun agak agaklahhhhhh skit

    • wekkkkkkk

      March 8, 2018 at 3:55 pm

      hahahaha..special ganjalh tu

Loading...
To Top