March 8th, 2018

Datuk Farid Kamil kini berdepan dengan pertuduhan membuat laporan palsu dan akan hadir ke mahmkamah untuk dituduh esok.

Berita Harian Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen192 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama.

Dalam sidang media sebelum ini, Farid mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan dadah dalam minumannya.

Dakwa Farid, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.

Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Pada 16 Januari lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja. – via BH Online


17 responses to “Buat Laporan Palsu: Farid Kamil Bakal Dituduh Di Mahkamah Esok”

  1. Anonymous says:

    dia ni kan pernah tipu ikut latihan tentera ker polis sebelum ni…konfident je tipu org..tapi peminat dia mcm peminat siti.. artis popular buat salah sentiasa dpt sokongan padu

  2. Anonymous says:

    Selama ni x perasan ke dia berlakon camne? Dia punya percakapan tu pun dah tau semacam.

  3. Jojoba says:

    Drug addict is a drug addict. Will lie, will harm the people around them. Such rubbish!

Loading...