Buat Kuih Raya Guna Kuali, Wanita Ini Terima Ketuhar Percuma Hanya Kerana Komen Dari Netizen

Kehidupan

Buat Kuih Raya Guna Kuali, Wanita Ini Terima Ketuhar Percuma Hanya Kerana Komen Dari Netizen

Sudah menjadi lumrah manusia di mana kita pasti akan berasa bahagia jika kita dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan. Sama seperti gadis yang dikenali sebagai @mishkatov ini yang meluahkan rasa gembiranya membantu orang lain hanya dengan satu komen sahaja.

Advertisement

Difahamkan, komen tersebut bermula daripada posting seorang wanita yang membuat perkongsian kuih tart Cadbury hasil buatannya sendiri di Facebook. Walaupun tidak mempunyai ketuhar, namun wanita itu dikatakan tetap gigih membakar kuih tersebut menggunakan kuali demi menghasilkannya.

Posting di Facebook

Oleh kerana berasa kasihan melihat wanita itu bersusah payah,  @mishkatov telah meninggalkan komen memetik jenama peralatan elektrik Pensonic dan Khind dengan mencadangkan agar syarikat-syarikat besar itu dapat menghadiahkan ketuhar kepada wanita tersebut.

Komen

Namun, tanpa disangka komen tersebut telah dipandang serius oleh syarikat KHIND Malaysia yang kemudiannya menghadiahkan sebuah ketuhar baru untuk wanita itu.

KHIND Malaysia

Rata-rata netizen memuji tindakan yang diambil oleh KHIND Malaysia yang bermurah hati memberikan wanita tersebut sebuah ketuhar baru. Siapa sangka hanya dengan komen biasa di ruangan tersebut, wanita ini menerima sesuatu di luar jangkaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...