Sudah menjadi lumrah manusia di mana kita pasti akan berasa bahagia jika kita dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan. Sama seperti gadis yang dikenali sebagai @mishkatov ini yang meluahkan rasa gembiranya membantu orang lain hanya dengan satu komen sahaja.
Omg guys, I tagged Khind Malaysia dekat post akak ni sebab kesian tengok dia masak kuih raya guna kuali, and dorang betul2 bagi akak tu oven! I’m so happy ??#ramadankareem pic.twitter.com/YC4KtMORyn
— mushu (@mishkatov) May 22, 2020
Difahamkan, komen tersebut bermula daripada posting seorang wanita yang membuat perkongsian kuih tart Cadbury hasil buatannya sendiri di Facebook. Walaupun tidak mempunyai ketuhar, namun wanita itu dikatakan tetap gigih membakar kuih tersebut menggunakan kuali demi menghasilkannya.
Oleh kerana berasa kasihan melihat wanita itu bersusah payah, @mishkatov telah meninggalkan komen memetik jenama peralatan elektrik Pensonic dan Khind dengan mencadangkan agar syarikat-syarikat besar itu dapat menghadiahkan ketuhar kepada wanita tersebut.
Namun, tanpa disangka komen tersebut telah dipandang serius oleh syarikat KHIND Malaysia yang kemudiannya menghadiahkan sebuah ketuhar baru untuk wanita itu.
Rata-rata netizen memuji tindakan yang diambil oleh KHIND Malaysia yang bermurah hati memberikan wanita tersebut sebuah ketuhar baru. Siapa sangka hanya dengan komen biasa di ruangan tersebut, wanita ini menerima sesuatu di luar jangkaan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.