“Buat Kopi Pakai Diesel Lah Ni..” – Kedai Kopi Tempatan Umum Naik Harga 50 Sen Susulan Harga Diesel Naik, Netizen Panas Hati

Kehidupan

“Buat Kopi Pakai Diesel Lah Ni..” – Kedai Kopi Tempatan Umum Naik Harga 50 Sen Susulan Harga Diesel Naik, Netizen Panas Hati

Baru-baru ini, kenaikan harga diesel yang diimplementasikan beberapa hari lalu telah menjadi bualan rakyat Malaysia yang ramai meluahkan rasa kurang berpuas hati.

Kopi naik harga juga?

Terkini, tular sebuah kedai kopi tempatan bertindak untuk turut serta menaikkan harga menu harga kopi mereka susulan berita kenaikan harga diesel itu. Menerusi hantaran Kopi Hainan di Facebook, mereka memaklumkan harga terpaksa dinaikkan kerana kenaikan kos semasa.

Advertisement

Mewakili pihak Kopi Hainan HQ, kami dengan berbesar hati ingin merakamkan penghargaan atas sokongan anda yang berterusan terhadap jenama dan produk kami.

 

Pihak HQ Kopi Hainan telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan harga jualan. Namun atas faktor kenaikan kos semasa, pihak kami terpaksa melakukan perubahan harga jualan.

Netizen tidak puas hati

Hebahan kenaikan harga menu Kopi Hainan bersaiz 22oz sebanyak 50 sen dari RM4.50 telah menerima reaksi negatif daripada sesetengah pengguna media sosial yang berpendapat tindakan tersebut tidak rasional.

Mula lah tu mengambil kesempatan. Kenapa tak naikkan harga sebelum diesel ditarik subsidi..

 

Ceh 50 sen terus naik eh, mantap.

kopi hainan naik harga

Dalam pada itu, pihak Kopi Hainan turut membuat klarifikasi menjelaskan bahawa kos bahan mentah semasa mereka sebenarnya sudah lama menaik. Antaranya merupakan susu, cawan, plastik dan terkini biji kopi pula dinaikkan oleh pembekal.

Murtabak
7 months ago

Martabak Naik Harga? KPDN Maklum Sebab Bawang, Daging Import Makin Mahal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...